Kumpulan 24 | |
---|---|
Jenis | Trade bloc |
Keanggotaan | |
Pemimpin | |
• Chairman | Abraham Tekeste |
Pendirian | 1971 |
Laman sesawang rasmi http://www.g24.org/ |
Kumpulan 24 atau Group of 24 (G24), merupakan bahagian G77, yang ditubuhkan pada tahun 1971 untuk menyelaraskan kedudukan negara-negara membangun dalam isu-isu kewangan dan pembangunan kewangan antarabangsa serta untuk memastikan bahawa kepentingan mereka diwakili secukupnya dalam rundingan mengenai perkara-perkara kewangan antarabangsa. Setiah ahli G24, kecuali Mexico, merupakan ahli G77. Meskipun keahlian G24 hanya terbuka untuk 24 negara, namun ahli-ahli lain dalam G77 boleh turut serta dalam perbincangan.
Kumpulan ini secara rasmi dipanggil Kumpulan Antara Kerajaan Dua Puluh Empat mengenai Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa (Intergovernmental Group of Twenty-Four on International Monetary Affairs and Development) bukanlah sebuah organisasi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), namun IMF menyediakan perkhidmatan sekretariat kepada mereka. Mesyuarat G24 kebiasaannya akan dijalankan sebanyak dua kali setahun.
Pengerusi G24 terkini adalah Dr. Abraham Tekeste, Meneteri Kewangan dan Kerjasama Ekonomi Ethiopia.